Dalam permainan SimCity 4

Permainan serantau

SimCity 4 menjadikan pemain sebagai datuk bandar, ditugaskan untuk membangunkan bidangan tanah kepada bandar. Sementara itu, pemain perlu memenuhi keperluan para Sims yang menduduki bandar tersebut. Bandar-bandar terletak dalam daerah atau kawasan yang dibahagikan dengan beberapa segmen yang mana setiap satunya boleh dibangunkan. Pemain diberi pilihan 3 saiz segmen untuk dibangunkan sebagai bandar (Besar, sederhana, atau kecil).[4]

Beberapa bandar yang dilihat melalui pandangan serantau permainan.Tampilan skrin sebuah bandar yang maju, terkandung pengubahsuaian pihak ketiga dan 'plugin'.

Mod permainan

Permainan ini dibahagikan kepada 3 mod.

Mod pertama ialah God Mode (Mod Tuhan) yang membolehkan pemain mereka atau terraform lanskap tanah yang hendak dibinakan sebuah bandar. God Mode juga membolehkan pemain mencetuskan pelbagai bencana seperti taufan dan gempa bumi. Pemain boleh memilih kawasan yang hendak dicetuskan bencana tertentu. Kebanyakan alatan terraform tidak lagi boleh digunakan setelah bandar itu dinamakan dan dimula. Bagaimanapun, pemain masih boleh menggunakan beberapa alatan terraform (walaupun terbatas dan mahal) dan masih boleh mencetuskan bencana dengan rela.

Mod kedua ialah Mayor Mode (Mode Datuk Bandar), pokok kepada mod-mod dalam permainan ini di mana bandar sebenar dibina. Kawasan-kawasan tanah boleh ditetapkan zonnya sebagai kawasan perumahan, komersial, atau industri di mana bandar tersebut akan mula membangun. Pemain boleh membina jaringan pengangkutan seperti jalan raya, lorong, lebuh raya, transit, dan stesen bas. Perkara lain yang boleh dilakukan dalam Mayor Mode ialah membina bangunan sivik seperti sekolah, hospital, taman, balai polis, balai bomba, dan utiliti.

Sebuah letupan gunung berapi memusnahkan sebahagian kawasan bandar.

Mod terakhir ialah mode My Sim (Sim Saya) yang membolehkan pemain mencipta Sims pilihan yang akan menetap dan bekerja dalam bandar yang dibangunkan. Mod ini boleh digunakan untuk menilaikan dengan lebih terperinci mengenai penduduk melalui maklum balas yang diberi oleh sims. Pemain boleh memilih watak yang tersenarai atau boleh mengimport mereka daripada The Sims. Sims boleh terbunuh dalam bencana tertentu.

Struktur sivik dan utiliti

Fungsi bangunan sivik telah dibaik pulih dalam SimCity 4. Kemudahan yang dahulunya untuk liputan seluruh bandar seperti kemudahan pendidikan dan perubatan, kini telah diubahsuai kepada liputan yang lebih terbatas seperti balai polis dan bomba dalam SimCity terdahulu. Pemain dapat merancang lokasi-lokasi terbaik untuk membekalkan perkhidmatan sivik paling berkesan yang secukupnya kepada Sims. Sebagai contoh, membina sekolah di dalam atau sekitar kawasan perumahan. Kini, kewangan dapat disuaikan mengikut bangunan individu lantas membolehkan pemain menentukan sebanyak mana harus dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan selaras dengan populasi tempatan. Terdapat dua saiz untuk balai polis, balai bomba, dan hospital.

Perbelanjaan untuk penyelenggaraan kemudahan utiliti (penjana kuasa, loji air, dan perkhidmatan pelupusan sampah) semakin lama akan menaik. Hasil keluaran maksimum sesebuah kemudahan pula semakin lama akan menurun, bergantung kepada peratusan kapasiti yang digunakan dan aras kewangan yang diberi.

Pengezonan dan penghunian bangunan

Pengezonan dan saiz bangunan telah diperbaiki untuk SimCity 4. Zon pertanian kini diasingkan daripada zon perindustrian, membolehkan ladang dibangunkan tanpa mengira ketinggian harga tanah. Zon-zon kini dihadapkan ke arah jalan secara automatik dan lorong dibina secara automatik apabila mengezon di tanah yang luas. Bangunan kini diklasifikasikan kepada beberapa taraf pendapatan, jenis zon, dan peringkat saiz bangunan. Semua ini dipengaruhi oleh populasi di rantau itu dan keadaan bandar. Permainan ini menyelaku kemerosatan bandar dengan bangunan yang memburuk. Bangunan-bangunan yang pada asalnya dibina bagi tujuan penghunian warga berpendapatan tinggi kini boleh menampung warga berpendapatan lebih rendah. Keadaan ini membolehkan sesetengah bangunan kekal digunakan sambil kehilangan penghuni yang sepatutnya. Bangunan dan lot kini boleh dibina di lereng-lereng dan cerun.

Reka bentuk bangunan

Bangunan dalam SimCity 4 disesuai daripada seni bina awal abad ke-20, terutamanya Art Deco dan Romanesque Revival, sementara rumah boleh muncul sebagai seni bina tradisional American Craftsman. Bagaimanapun, terdapat seni bina tambahan yang lebih moden serta menyerupai seni bina Houston. Terdapat banyak bangunan yang berdasarkan bangunan-bangunan yang terdapat di San Francisco, termasuk Bangunan Shell (muncul sebagai "Bangunan Insurans Wren"),[5] 450 Sutter (muncul sebagai "Bangunan Kewangan Vu"),[6] dan Bangunan Telefon & Telegraf Pacific (sebagai "The Galvin Corp").[7] Tiga daripada jambatan dalam permainan ini juga berdasarkan Jambatan Golden Gate, Jambatan Sydney Harbour, dan Jambatan Brooklyn.

Rujukan

WikiPedia: SimCity 4 http://www.amazon.com/Aspyr-618870103501-SimCity-4... http://www.amazon.com/Electronic-Arts-SimCity-4/dp... http://simcity.ea.com/about/inside_scoop/sc4_retro... http://simcity.ea.com/community/events/bat_chat_2_... http://simcity.ea.com/coolstuff/landmarks/index.ph... http://simcity.ea.com/coolstuff/loteditor/lotedito... http://simcity.ea.com/coolstuff/terrain/terrain_01... http://simcity.ea.com/update/index_update.php?prod... http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118743 http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118764